Wednesday, March 14, 2012

Halu haluu..

Hadoi..berkurunnya tk update blog...jenguk2 pun tak....ntah pasaipa..

Org lain ada blog, kita pun nak ada blog tapi....???!hmmm

Syok blogwalking blog org...syok baca2 entry2 org..kagum dengan cerita depa tapi awat la tk pandai menulis mcm depa..?

Kita retry lahh...amacam?

so, how can i restart to refresh this blog haa..??
recap lagi ka??hadoi, berapa kali recap tak tau...haha!


Friday, September 2, 2011

Trip to Zoo Taiping..FUN Fun!

Trip to Zoo Taiping..FUN Fun! Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ Trip to Zoo Taiping..FUN Fun! Slideshow ★ to Taiping. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

Wednesday, April 20, 2011

My Wish

Perasan tak kat side bar tu ada my wishlist?

Yeahh..aku baru ja letak gambar keta Honda City tu semalam.


And yess that is my wishlist for this year..the one and only!

InshaAllah..plss pray for me :)


Selain pada tu, kalau nak diikutkan ada few lagi wishlist aku...hehe


Seperti yang ini;




Ni gara2 aku rajin dok jenguk blogshop ni. serius addicted tau. tiap kali ada brg baru masuk n sedap mata memandang, tiap kali lah aku pasang angan2 (target) nak beli. haduii..parah macam ni..mau nya berderet wishlist aku nanti..


Cuba korang masuk sini tengok....Princess Victoria's Stylo Closet

Sunday, April 3, 2011

Teknologi terbaru dari Gmail - Gmail Motion

Selepas Google melancarkan Google dalam Bahasa Melayu bagi kemudahan pengguna Internet yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai pilihan bhasa untuk mendapatkan maklumat yang cepat dan mudah, kini Gmail pula baru saja melancarkan Gmail Motion.


Gmail Motion adalah cara lain dengan teknologi canggih untuk kita menggunakan Gmail sebagai medium perantaraan. Sekarang kita mampu menggunakan Gmail hanya dengan badan kita tanpa memerlukan keyboard dan mouse.


Untuk mencuba sila ke website ini dan klik Try Gmail Motion.. anda pasti teruja!


[ jangan marah ]

Thursday, March 31, 2011

kembali ceria!

Sejak minggu lepas cuaca kat alor setar ni mendung dan hujan. 2-3 hari lepas plak hujan. tak la lebat sangat tapi hujan meleret-leret drag smpai petang dan malam.



Bila asyik hujan ni, baju pun tak kering betul2. maslah betoi sebab dok tgk baju lain yg tengah tggu turn nak dibasuh.. :(



Tapi malam tadi aku gamble je masukkan baju adni yang dh busyuk tu dalam washer machine..tekan ON dan letak sabun. Pagi ni pun aku sidai dengan redha dan tawakkal.



Alhamdulillah so far cuaca hari ni cerah jugak. harapnya panas lah hinnga ke petang and biar baju2 aku tu kering dengan baik.


Jangan mcm ni lagi plis!

Wednesday, March 30, 2011

Snowalk@i-City




Aku dah lama teringin nak pegi i-City kat Shah Alam tu. Nak tengok lampu2 yg cantik time malam. Sebab aku ni mmg suka tgk cahaya dalam kesamaran kegelapan malam..cewahh!

Tapi tu lah, ntah bia dapat pi. org lain dh lama pi sana.


Tadi plak masa dok selak2 newspaper nampak Fire & Ice di Snowalk @ i-City. Ehhh tempat baru ke nih. Google punya google rupanya dh lama bukak iaitu since 25 Disember 2010..kesiannya aku nampak sangat ketinggalan keretapi..kata pun duduk di nun jauh Utara kan.. sob sob sob..


Kat dalam newspaper tu cakap, tiket masuk hanyak RM10.. untuk sekali masuk dari pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang..dan tempoh promosi terhad. Ok la tu kan, RM10 sekali masuk berbanding RM25.00 untuk dewasa dan RM20.00 untuk kanak-kanak 3thn ke atas.


Ermm..mmg ada plan nak pegi KL pun dalam masa terdekat ni as per Myhusband punya plan...so nak ajak dia pi sini lah..boleh jannah ngan adni main lungsur2 kat sini. Satu lagi yang menarik ialah, i-City bergabung tenaga bersama Nicelodeon untuk menyambut kehadiran tetamunya dengan kehadiran karakter kartun kegemaran kanak-kanak. Ada Dora.. Spongebob..mest fun kan! Jom...


Buat yang tak pernah pegi lagi Snowalk, @ i-City mcm aku, marilah kita layan pic ni. More info, korang search lah sendiri ok..



Astro b.yond

Astro dah lama promote astro b.yond ni kan. aku tak amik kisah sgt sebab rasa tak interested-rasa tak perlu. Astro package yang aku ada skang rasa dah memadai wpon rasa tak puas hati gak dari tahun ke tahun total bill bertambah tapi bukan tambah package pun. Selain tu, aku rasa tak perlu sbb tv yang ada kat umah sekarang bukan yang HD punya (High Defination yer, bukan HUTANG DULU bak kata Nazmi RL5 ;P ). In fact, aku tak plan pun nak tukar tv baru. Orang lain dh tukar ke tv plasma yg nipis, cun dan classy tu, tp aku still dengan tv flat screen 32" yang gedebak (kt belakang). Fyi, tv tu (Brand Elba ja) aku beli since aku dok umah bujang lagi. Ingat lagi beli kat Jusco Bukit Raja dengan harga RM315 kalo tak silap, yang pasti tak sampai RM350! Memang sejak 2 thn ni tv tu dh buat hal like kaler kuning ja..ehh! tapi tak la terok sangat kan..boleh jugak tgk..takde la rasa mcm berpinau2, pening, sakit kepala ataupun migrain pun...sayang la nak tukar baru. kalo tukar tv tu nak letak mana?nk bg kat sapa?nak jual?kesiannyaaa....dia still boleh berkhidmat kat aku sekeluarga...aku tunggu sampai dh tak keluar apa (terus padam) baru nak tukar baru....tapi kekadang dia clear jugak, hilang kaler kuning tu...maknanya ok lagi lah tukan...punya lah dok redha dgn kekuningan tv tu, sampaikan bila dia dh back tu actual color kami pun tak perasan....hadap jaa! ok back to story..adeh! nak cita pasal astro b.yond skang ni, bukannya nak cita pasal tv......


Dua minggu lepas ada org astro call offer and tanya bila nak pasang astro b.yond. katanya skang ni cost pemasangan foc, tambah chanel HD, warranty seumur hidup, kalo rosak boleh baiki and tukar baru...Ermm..mcm menarik kan..and dia bgtau wpon tv tk HD tapi still boleh tgk chanel HD...eh! ye ke..tp ntah tak tau camana rupa.tapi bila dh tambah chanel tu so tambah la bill RM20.00 sebulan....ini yang tak best... mmg lah, dah kita dapat sesuatu yg baru or tambah sesuatu mesti la kena bayar lebih ..mana ada free kan?aku tau yg tu...tp konsep depa ni mcm memaksa kita utk upgrade. katanya stage by stage semua astro user akan upgrade ke b.yond so kena tukar la decoder baru and tambah rm20.00 due to chanel tambahan tu. Bagi aku la...hidup sekarang makin takdak pilihan la..atleast bagi aku yg agak berkira2 skang ni..nak tak nak kena gak upgrade to b.yond and tambah total bill. Ok jawapan aku kepada org astro tu ialah..tunggu dulu nnti saya confirm balik..Wahhh!!! mcm nak buat keputusan besar or incurred big amount of money kan? haha.... ya lah..rm20.00 pun aku berkira tau..sebab banyak bil lain yg aku kena bayar which dh reg under my name..like celcom broadband,....ermmm apa lagi eh? ;P


Ingat kagi, aku punya package masa aku amik adalah yg paling murah which is RM59.90 ms tu...pastu dr setahun ke setahun dh bertambah...dengan kos sbb sport package lah, GST lah...and kalo aku amik b.yond ni total bill will be RM94.++...adehhhhhh Kalo tak upgrade skang, nanti nak kena upgrade gak kan since depa kata semua nak jadi b.yond...that's why aku kata hidup skang dh tak banyak pilihan..may be banyak pilihan bg org yang baanyaaakkk duit! Still berkira2...org Astro dh 2kali call and aku still tak decide (mesti dia pelik apa yg susah sgt nak buat keputusan ni??).


Ahh! Satu lagi yang aku still berkira2 tu sbb bila aku baca status kawan sekolah aku kat FB pasal astro b.yond ni. katanya dia dh upgrade to b.yond tapi decoder dia selalu problem like takda reception. so dia panggil la cina yg mai pasang kat umah dia tu. dia tanya 'apsal selalu problem ni, ms decoder lama tak pernah pun ada problem apa2'...cina tu kata, 'decoder lama made in belgium sbb tu quality ok and takda problem', pastu kawan aku tanya lagi 'dah tu, decoder ni made in mana plak?'..cina tu kata 'Made in malaysia laa..Malaysia bolehhh!'


Haaa...mcmana tuh???!


Welcome to Astro, making your life richer!